Tuesday, June 26, 2012

Transit Di BANGLADESH


Sambungan perjalanan sy ke Madinah dan Makkah. Perjalanan kami dalam 5jam dr Malaysia. Kami transit dalam 12jam di Bangladesh. Kira untung juga la dalam 1 perjalanan dapat melihat 2 negara Saudi Arabia dan Bangladesh. Hehehe...... Nak kongsi sedikit tentang pengalaman kami setibanya di Bangladesh.

Kami tiba di Airport Dhaka jam 430pg mcm tu la. Mutawwef yg menguruskan kumpulan kami telah membuat tempahan hotel utk kami merehatkan diri sementara menunggu flight kami pd tghmlm utk ke airport   Jeddah. Kami menaiki bus yg kecil muat dlm 12org jemaah utk ke hotel. Sepanjang perjalanan menuju ke hotel rasa ketakutan juga kerana cara pemanduan mereka disana amat membahayakan dan sistem disana tiada lampu isyarat. Walaupun wujud lampu isyarat tapi tidak berfungsi. Jadi semuanya pandu kenderaan mengikut suka hati sendiri sajalah. 

Sampai saja di hotel yg rasanya di Malaysia sepertinya motel kot.. So simple dan nampak ngeri jugalah. Kami disambut dgn pekerja2 hotel mcm taliban pun ada. Sbb smuanya menutup muka. Sampai saja kami diberi bilik. Masuk saja bilik, "Alamak!!!" Adoiii.... tak tau nak cakap mcm mana la.. Cadar, tilam dan bantal walaupun warna putih tapi nak kuning pun ada dah. Kami tpaksa minta utk menukar cadar dan bantal lain semuanya.. Tp kami diberi bilik yg lain pula. 

Tukar bilik lain, tgk ok juga la boleh lah dr yg tadi. Sy amat keletihan, sudah tiba masanya utk sy melelapkan mata. Jam 8pg sy dikejutkan utk sarapan pagi. Tp terlalu letih sy tak nak la. Sy nak tidur. Mak dan makcik sy turun ke tingkat 2 hotel utk sarapan pagi bersama jemaah yg lain. Mengikut cerita dr jemaah yg lain, diorg dihidangkan air kosong (sejuk) dan sekeping roti bersama telur rebus yg overcooked! Hahahaaha itulah menu breakfast di Bangladesh ke? 

Bila tghari kami di panggil utk makan tghari. Haaa makan tghari dan malam di hotel tu boleh dipuji. Menu nasi putih, ayam masak rempah dan sayur. Selera jugalah. Minuman air pepsi dan air mineral. Kemudian kami meminta pihak hotel utk membawa kami berjalan2 sekitar Dhaka. Mana tahan terperuk dalam bilik hotel semata2 kan. So diorang membawa kami ke kompleks membeli belah bdekatan hotel. Dpt jugalah makcik sy membeli beberapa cenderahati utk dibawa balik ke Malaysia. 

Satu lagi nak kongsi disini, kenderaan spt kereta di Bangladesh semuanya dipasang besi depan belakang  mungkin kerana sistem tanpa lampu isyarat membuatkan mereka selalu berlanggar antara satu sama lain. Kereta disana pun mmg nampak hebat2 Toyota, Honda, Ford tp semuanya kemek sana sini. Negara Bangladesh juga tidak sunyi dgn bunyi hon siang malam kedengaran hon saja. Nak tidur pun tension jugalah tp memandangkan kami keletihan yg teramat selama 5jam di atas kapal terbang. Tidur tak ingat dah la. 

Bangladesh juga kaya dgn nyamuk. Dari dalam kapal terbang, hotel, surau, toilet mana2 saja mmg penuh nyamuk yg besar2 pulak tu. Aduiiii.... 1 pengalaman yg tak di lupakan rasanya.. tp menyeronokkan tgk tmpt org sesekali mcm ni.

Jam 10mlm kami keluar dr hotel utk ke lapangan terbang Dhaka sebelum bergerak terus ke Jeddah. 



Salah satu kenderaan pengangkutan awam yg ada di Bangladesh selain bas.


Kalau di Penang dan Melaka ada beca, di Bangladesh ada ini. Haha...


Inilah kumpulan jemaah kami tak ramai tp best!! Cuba cari mana sy?


Manisan yg popular di kebanyakan negara spt India, Pakistan ada juga di Bangladesh.


Kami sempat mencuba dan membeli beberapa manisan di atas yg kebanyakkannya di perbuat dr susu. Mmg sedap sgt. Harga pun tak mahal mana.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin